Shift Magazine VOL 143 (Fuel Saving Testimonial)

Isi Kandungan Dari Majalah Shift Vol143 

Ada ura-ura subsidi yang diberikan oleh kerajaan terhadap bahan api kenderaan semakin mengecil dan kemungkinan juga hilang sedikit demi sedikit pada masa akan datang. Ini kerana kosnya yang ssmakin melambung dan sukar untuk dijangkakan harga pasaran semasanya. Ada kemungkinan juga rakyat akan mengeluh kerana harga petrol semakin maningkat naik. Ramai mula bimbang dan mencari altenatif lain.

Satu jalan alternatif kepada masalah tersebutadalah mendapat pakej produk penjimatan bahan pada kos yang lebih rendah dan nilaiyang tinggi. Ramai yang masih meragui kemampuan alat penjimatan bahan api kenderaan yang kini boleh didapati dalam pelbagai model dan fungsi di pasaran. Disaat keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, ramai pihak mula memikirkan langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk menjimatkan sumber-sumber yang ada.

Tetapi semua produk penjimatan yang adadipasaran adakah benar-benar mencapai spesifikasi yang telah ditetapkan. Sejauh mana keberkesanannya setelah mencuba dan rnenguji produk tersebut. Untuk menunjukkan bukti tersebut, baru-baru ini kami telah diundang untuk menyertai satu sesi pemanduan yang dianjurkan oleh pihak V-Class yang mana akan menguji produk penjimatan bahan api dan menunjukkan tahap keberkesanannya. Produk-produk tersebut merangkumi Qmax Nana Fuel, Qmax Nano Air, Qmax Easy Voltage Stabiliser.

Ujian tersebut telah dijalankan terhadap kenderaan nasional yang terkini dan sedang hangat di pasaran iaitu, Proton Exora 1.6 CPS. Ujian tersebut melibatkan perjalanan sajauh hampir 60km. ujian tersebut dijalan untuk membuktikan tahap keberkesanan pakej penjimatan bahan api Qmax dari V-Class. Kita semua akan dipaparkan dengan perbezaan sebelum dan selepas menggunakan pakej tersebut melibatkan sebuah Proton Exora 1.6 CPS melipuli perjalanan kira-kira 60km.

Sebelum kita semua lihat keputusannya. Biar saya menerangkan bagaimana produk-produk ini berfungsi.

Qmax Nana Fuel – Produk istimewa ini berfungsi dengan memancarkan sinaran infrared ke molekul bahan api yang manghasilkan pelbagai kelebihan. Teknik ini sama seperti yang digunakan oleh pakar fisioterapi dalam merawat otot yang terlibat dalam kecederaan. Sinaran Infrared tersebut akan memecahkan molekul-molekul bahan api dalam keadaan yang sangat Iembut untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna dalam menghasilkan lebih kuasa.

Qmax Nano Air – Unit ini sama fungsinya seperti yang dilakukan oleh Qmax Nano Fuel. Tetapi ini dipasang pada air filter dan air intake. Qmax Nano Air akan memecahkan molekul udara untuk membantu pembakaran yang lebih baik dan meningkatkan prestasi enjin. Operasi ini dapat dirasai ketika pedal minyak ditekan dan meingkatkan prestasi pemberhentian kenderaan.

Qmax Easy – Cuma pasangkan alat ini di slot pembakar rokok. Qmax Easy akan mengaturkan flow operasi enjin dan meningkatkan prestasi ECU. Unit ini tidak akan mengganggu pemetaan bahan api ECU namum membantu dalam mengatur tekanan voltage.

Qmax Photo Conducted Voltage Stabiliser & Grounding Wire Kit –Unit ini bukanlah seperti Voltage Stabiliser & Grounding Wire Kit yang disangkakan dan kebanyakkan di kedai aksesoriKabel yangdigunakan diperbuat daripada material berkualiti tinggi yang menjamin katahanannya. Produk meningkatkan tahap keberkesanan komponen elektrik dan elektronik kenderaan. Dalam ujian tersebut. saya telah memandu Proton Exora 1.6 CPS dalam pemanduan yang berhati-hati dan sebaik mungkin untuk berada lingkungan kelajuan 90km/h. Sebelum memulakan perjalanan, kenderaan tersebut telah dipasangkan produk Qmax dan diisi penuh dengan petrol.

Pemasangnya mudah dan hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Selepas mengharungi perjalanan sejauh 60.4 kilometer dan berhenti di Petronas KLIA untuk melakukan isian penuh semula. Saya mengisi penuh Ron 95 sebanyak 3.987 liter dengan pada harga RM7.18 sebelum bergerak pulang. Produk Qmax ditanggalkan daripada kenderaan Proton Exora tersebut.

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami berhenti di stesen Shell Jalan Duta. Perjalan pulang ini melibatkan jarak sejauh setelah menempuh perjalanan hampir 65.4km. Proton Exora telah membuat isian penuh sebanyak 5.79 liter petrol dan membuat bayaran sebanyak RM10.42. Proton Exora ini telah merekodkan penurunan kepada 1.803 liter berbanding sewaktu meenggunakan produk Qmax.

Satu perkara terbaik yang saya ingin kongsikan adalah perbezaan sewaktu menekan pedal dapat dirasai pada kedua-dua kenderaan tanpa atau dengan menggunakan produk Qmax ini. Pedal brek pada Proton Exora menjadi lembut dan kurang respon apabila set produk Qmax ditanggalkan. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk ini terhadap sistem brek kenderaan sedangkan kami lebih fokus tentang hal penjimatan bahan api dalam ujian ini. Realitinya itulah yang dirasai sewaktu pemanduan!

Kami ingin berterus terang kepada semua pembaca, saya sendiri merasa ragu-ragu sebelum menyertai sesi ujian ini. tetapi produk ini berbeza dan ternyata berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Qmax, hubungi pengedar V-Class.

Qmax Packages Price List * Price Remain *

Prices for our products had gone up but we will maintain our pricing for our packages to give you even better value and to serve you better…more details